video pengawal keselamatan ditampar, diheret dan ditendang oleh sekumpulan lelaki



KOTA BHARU: Kerana tidak dibenarkan membawa masuk kanak-kanak ke dalam wad, seorang pengawal keselamatan telah dibelasah oleh empat orang lelaki di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), semalam.

Video rakaman kejadian berkenaan telah tersebar di laman sosial sejak semalam di mana video berdurasi 1minit 25 saat memaparkan seorang pengawal keselamatan ditampar, diheret dan ditendang oleh sekumpulan lelaki sebelum mereka menggegar pagar untuk masuk ke dalam lif menuju ke wad.

Pegawai Perhubungan Awam Hospital, Zaid Ahmad, kejadian dikatakan berpunca selepas pelawat-pelawat berkenaan tidak berpuas hati selepas pengawal keselamatan tersebut melarang mereka membawa kanak-kanak masuk ke dalam wad.

“Wad tersebut menempatkan pesakit separa kritikal. Wad tersebut amat sensitif kerana berkaitan dengan penyakit pernafasan.

“Pihak hospital berasa amat terkilan dengan kejadian ini kerana sepatutnya masyarakat perlu memahami tujuan kami melaksanakan undang-undang kawalan tersebut demi kebaikan semua,” katanya di sini hari ini.



Menurut Zaid, pihak HRPZ II mengamalkan polisi fleksibel terhadap waktu melawat kecuali bagi wad-wad tertentu seperti unit rawatan rapi (ICU), unit rawatan koronari (CCU) dan wad pergantungan tinggi (HDW).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Rohaimi Md. Isa ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan kejadian tersebut.

Beliau berkata, pihaknya telah menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. - Siakapkeli.my

0 Komentar untuk " video pengawal keselamatan ditampar, diheret dan ditendang oleh sekumpulan lelaki"

 
Copyright © 2014 Oh Ketum - All Rights Reserved
Template By Catatan Info