video cimpanzi yang bernama Jia Ku telah ketagih menghisap rokok



Penyebaran sebuah video yang memaparkan seekor cimpanzi di dalam sebuah zoo sedang merokok yang dimuatnaik ke laman sosial telah menimbulkan kritikan netizens.

Tindakan pelawat yang merakam dan ketawa gelagat haiwan berkenaan menghisap rokok serta menggalakkan lagi perbuatan cimpanzi berkenaan merokok telah dikecam dan dianggap tidak bertamadun.


Kejadian berlaku di sebuah Zoo Haiwan Liar Tianshian yang merupakan tempat tinggal cimpanzi yang bernama Jia Ku telah ketagih menghisap rokok sejak tahun 2002 lagi di mana Jia Ku merupakan seekor haiwan sarkas sebelum ini.

Aksi Jia Ku merokok ini dikatakan telah menarik perhatian orang ramai untuk melawat zoo berkenaan dan berdasarkan video juga menunjukkan haiwan ini seolah-olah sudah biasa kerana tindakkannya merokok tidak ubah seperti manusia selain menyalakan api dengan sendiri.

Rata-rata netizens memberi komen supaya tindakan membekalkan rokok kepada cimpanzi berkenaan perlu dihentikan kerana sifatnya seperti manusia membuatkan ia tidak harus merokok selain akan membahayakan kesihatan haiwan berkenaan dan bukannya tindakan buruk itu perlu dijadikan sebagai tarikan pelancong. - Siakapkeli.my

0 Komentar untuk " video cimpanzi yang bernama Jia Ku telah ketagih menghisap rokok "

 
Copyright © 2014 Oh Ketum - All Rights Reserved
Template By Catatan Info