Ujian Besar Buat Yatt Hamzah Semoga Beliau Tabah

USAHA pelakon manis Yatt Hamzah dan suaminya Abdul Mutalib Abdul Shukor yang sebelum ini memilih jalan damai dalam rumahtangga mereka dengan bersama semula akhirnya menemui titik nokhtah.

Ikatan perkahwinan yang dibina pasangan ini sejak 29 Mac 2009 akhirnya terlerai juga apabila mereka membuat keputusan untuk bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah KL, secara tertutup.

Berita itu disahkan sendiri oleh bekas suami pelakon itu kepada BH Online.


“Kami berpisah secara baik. Makluman ini dibuat bertujuan mengelak sebarang fitnah dan pandangan negatif masyarakat. Apa pun mohon teman media mendoakan yg terbaik buat kami berdua meneruskan kehidupan seperti biasa. Sekian, terima kasih,” katanya.

Tahun lalu, Yatt pernah menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur namun memutuskan untuk kembali bersama. Bagaimanapun, ternyata takdir menentukan segalanya.

Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Suci Hanania Malika Abdul Mutalib berusia lima tahun.

Moga Yatt Hamzh dan bekas suami tabah menghadapi perpisahan ini.

– MYNEWSHUB.CC

0 Komentar untuk "Ujian Besar Buat Yatt Hamzah Semoga Beliau Tabah"

 
Copyright © 2014 Oh Ketum - All Rights Reserved
Template By Catatan Info