siti fatimah az zahra anak syurga seindah namamu-al fatihah




Assalammualaikum wbt.

Pertama kali syukur ke hadrat ilahi kerana meminjamkan saya Nikmat Berpantang dalam keadaan sihat,kuat,tenang dan sobar.

Jutaan Terima Kasih pada sahabat2 yang tidak henti mendoakan yang terbaik buat kami, Saya mohon maaf jika tidak dapat reply inbox dan whatsapp , namun saya cuba baca bila ada masa saya terluang. Alhamdulillah ramai sahabat yg berkongsi pengalaman mereka yang sama dengan saya dan ada yg lebih berat ujian yg Allah beri pada mereka, pelbagai ujian dan dugaan yg berbeza2, ianya sedikit sebanyak membantu dan mendorong semangat saya utk lebih kuat.

Kepada sahabat2 baru yang tidak putus memohon sebagai kenalan ,saya cuba accept dan sejujur nya ikhlas menerima sahabat ukuhwah fillah. Namun hari ini saya tidak dapat accept lagi kerana fren list saya sudah melebihi had yg di tetapkan. Terima kasih juga atas doa dan sokongan anda semua. Sangat saya hargai .

Ramai yang menanyakan apakah sakit yang dialami oleh Arwah, malam ini saya sedia berkongsi pada semua sahabat.
In shaa Allah.

Sepanjang tempoh kehamilan saya, bayi mmg sihat. Saya melahirkan anak ke 4
ini secara pembedahan berikutan ketiga2 anak sblm ini mmg pun lahir secara pembedahan. Saya mmg tidak boleh normal.

16 ogos 2015 tarikh saya kene admit ward.

17 ogos 2015 tarikh pembedahan

Jam 8.48am lahirnya SITI FATIMAH AZ ZAHRA BINTI ZEK AYRY KHAN. SubahanAllah bayi yang comel ,putih, iras sama seperti abahnya, seberat 3.51kg.
Cukup sifat,sempurna luarannya. Syukur alhamdulillah rezeki dari Allah swt.

Pada awalnya kaki tangan di bilik pembedahan mmg tidak perasan tentang apa2 yg tiada pada arwah. Setibanya di ward. Doktor ward memeriksa arwah, dan npk ada CLEFT PALLET atau dalam bahasa melayu SUMBING LELANGIT.

Pelbagai penerangan di beritahu oleh pakar kanak2 ttg CLEFT PALLET. Kami suami isteri bersyukur dgn apa yg Allah kurniakan. Perkataan bersyukur tidak pernah luput dari hujung bibir kami.

Saya dipisahkan dengan arwah dengan berasingan ward selama 2 hari, ini kerana arwah tidak boleh menyusu secara direct dari susu badan saya. Doktor mula guna kn tiub utk memberi susu pada arwah.
Hanya air mata menemani saya selama 2 hari saya dlm.ward.

Hari ke 3 saya dapat jumpa anak saya dan kakitangan ward 8 A mengajar saya bagaimana hendak memberi anak menyusu menggunakan tiub. Alhamdulillah saya sudah pandai..lapang dada dah blh bawa pulang arwah utk jaga dirumah. Happy sgt. X sabar nk balik rumah, perasaan gembira tiba2 bertukar menjadi sedih apabila hari yg sama waktu malam arwah muntah semua susu yg diminumnya melalui hidung. Susu sgt fresh spt baru bg minum.

Rupa2nya susu tidak hadam dalam perut arwah. Keadaan arwah lemah dan letih sb muntah Berkali2. Doktor terpaksa menghantar arwah ke UNIT RAWATAN RAPI bagi menjlnkan pemeriksaan lebih lanjut terhadap arwah.

Rupa2nya ada sistem dalaman organ yg tidak stabil. X Ray, ultrasound dan ujian darah semua telah pun dibuat. Arwah mengalami masalah pernafasan dan bergantung pada oksigen yg maximum,
Jantung yg tidak berfungsi kerana saluran tertutup.banyak acid dalam bdn arwah dan pendarahan di otak di skala yg ke 3.
Terlalu bnyk komplikasi yg berlaku.

Doktor cakap arwah ada 1 penyakit SYNDROM yang blum pasti lagi apakah nama SYNDROM itu. Kami suami isteri masih menunggu keputusan DNA yang dijangka sampai lagi 1 minggu dari Kuala Lumpur.

Sekelip mata perubahan berlaku dan sekelip mata juga Allah mengambil Siti Fatimah Az Zahra dari kami.

Alhamdulillah kami berasa sangat bertuah, ALLAH mengambil sesuatu yg berharga dari kami dan mengantikn yg lebih baik.itu janji ALLAH pd hambanya yg bersabar dn redha dgn apa yg terjadi.

Terima Kasih sekali lagi pada semua kenalan baru atau lama .kami suami isteri amat2 hargai jasa baik, sokongan dan doa yg tidak henti2 buat arwah dan kami sekeluarga.

Barakallah fiq buat kamu sahabat ukuhwah fillah .

Zek Ayry Khan


0 Komentar untuk "siti fatimah az zahra anak syurga seindah namamu-al fatihah"

 
Copyright © 2014 Oh Ketum - All Rights Reserved
Template By Catatan Info