pasangan kekasih sanggup duduk ditempat gelap asalkan dapat lepaskan hajat-z1na




Sepasang kekasih yang asyik berpelukan di kawasan gelap di Tasik Titiwangsa di sini, terkejut selepas ‘disergah’ penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), awal pagi semalam.

Dalam operasi banteras maksiat bermula jam 12.30 tengah malam dan berakhir jam 5 pagi itu, pasangan terbabit antara 14 pasangan yang diperiksa sebelum diperintah hadir ke pejabat JAWI atas kesalahan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.

Pasangan berusia awal 20-an itu sanggup bertahan duduk di kerusi taman tasik yang gelap walaupun digigit nyamuk dan serangga lain di kawasan terbabit.

Ketua Penguat Kuasa JAWI Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, ketika anggota penguat kuasa mendekati pasangan terbabit mereka beberapa kali memberikan alasan tidak melakukan apa-apa kesalahan dan hanya duduk berbual.



0 Komentar untuk "pasangan kekasih sanggup duduk ditempat gelap asalkan dapat lepaskan hajat-z1na"

 
Copyright © 2014 Oh Ketum - All Rights Reserved
Template By Catatan Info