isu nora danish menjadi viral akibat berbikini



Bukan sesuatu perkara baru apabila nama Nora Danish dikaitkan dengan isu mahupun kontroversi yang tercetus hasil suntingan gambar (editing).

Terbaharu, sejak beberapa jam lalu, kecoh apabila nama aktres beranak satu ini didakwa berbikini ekoran tersebarnya sekeping foto menerusi laman sosial Instagram @therichkidsofmalaysia

Gambar tersebut menunjukkan seorang wanita mirip wajah Nora dalam keadaan berbikini ketika bercuti di sebuah pulau.

Foto yang dimuat naik oleh pihak tidak bertanggungjawab itu turut disertakan dengan kapsyen,

"Nominated (telah tercalon) @noradanish vacayyy #muahciked".

Apa yang lebih teruk gambar tersebut jelas menunjukkan yang itu bukan Nora sebaliknya ia hasil teknik suntingan 'super-imposed' berdasarkan susuk tubuh wanita itu yang jauh sekali berbeza berbanding tubuh selebriti itu.

Lantas ramai peminat berang terhadap tindakan pihak tidak bertanggungjawab tersebut menyebarkan gambar berkenaan yang disifatkan perbuatan melampau. Ada yang mengesa pihak tidak bertanggungjawab itu memadamkan gambar tersebut tetapi ia tidak diendahkan.

Sementara itu, Nora tenang berdepan isu tersebut. Beberapa jam lalu, menerusi laman Instagram miliknya Nora memuat naik foto tersebut dengan kapsyen berbaur sindiran, dia menyatakan keinginan mahu bertenu dengan gadis berbikini yang menyerupai wajahnya itu.

Status Nora itu juga mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang rata-rata memberi komen berbaur sindiran sekaligus menandakan mereka marah dengan pihak tidak bertanggungjawab itu.

Terdahulu, aktres Nur Fatiyah Latiff pernah menjadi mangsa apabila gambar seksi seorang gadis yang kononnya mirip wajahnya dimuat sengaja disebarkan oleh pihak yang sama.

-mD


0 Komentar untuk "isu nora danish menjadi viral akibat berbikini"

 
Copyright © 2014 Oh Ketum - All Rights Reserved
Template By Catatan Info