gangguan s3ks di kalangan remaja semakin meningkat dan membimbangkan



ALOR SETAR - Kesedaran masyarakat terutamanya golongan wanita terhadap kes gangguan seksual di Kedah berada pada tahap membimbangkan iaitu di bawah 30 peratus, kata Exco Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Datuk Suraya Yaacob.

Beliau berkata, peratusan rendah itu adalah disebabkan masih ramai yang tidak memahami apa itu gangguan seksual selain berasa takut untuk melaporkan kepada pihak tertentu kerana bimbang dengan pandangan negatif daripada masyarakat.

"Masih ramai yang tidak jelas skop berkaitan gangguan seksual kerana mereka merasakan ia hanya melibatkan gangguan yang berbentuk fizikal seperti sentuhan sedangkan percakapan yang boleh menjatuhkan aib kaum wanita juga termasuk dalam skop gangguan seksual," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Wanita Merdeka di sini, hari ini.

Suraya berkata, wanita masih kurang mendapat gambaran yang jelas tentang hak mereka, justeru katanya pendedahan dan pengetahuan berkaitan gangguan seksual perlu dipergiatkan lagi bagi menerangkan mengenai undang-undang yang boleh melindungi mereka.

"Kita akan bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Wanita dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga negeri untuk merangka program-program dalam memberi pengetahuan kepada masyarakat terutama golongan wanita berkaitan gangguan seksual di pejabat.

"Apabila terlibat dengan gangguan seksual di pejabat, kita bimbang mereka akan bekerja dalam keadaan tertekan dan akan menyebabkan produktiviti kerja mereka menurun jadi jika tidak mahu melaporkan, sekurang-kurangnya boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling bagi membantu mengurangkan bebanan," katanya.

Katanya, selepas ini diharapkan semua masyarakat Kedah menjadi lebih prihatin supaya kes-kes berkaitan gangguan seksual dalam kalangan wanita dapat dikurangkan dan dibendung daripada terus berlaku. - Bernama
Tag : Berita

0 Komentar untuk "gangguan s3ks di kalangan remaja semakin meningkat dan membimbangkan"

 
Copyright © 2014 Oh Ketum - All Rights Reserved
Template By Catatan Info