biar betul perkahwinan cik ta paling mewah dalam sejarah ni



4. Marion Caunter dan SM Nasarudin SM Nasimuddin
#Penyatuan di antara personaliti televisyen popular Marion Caunter dan Pengerusi Eksekutif, Kumpulan Naza Usahasama, SM Nasarudin SM Nasimuddin merupakan salah satu majilis perkahwinan yang paling diperkatakan di dalam arena hibuaran tempatan.
#Majlis perkahwinan yang bertema mawar putih berlangsung di Mandarin Oriental, dan dihadiri oleh bintang-bintang terkemuka seperti Elainy Daly, Deborah Henry, Tom Abang Saufi dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.  Bintang pop tempatan Ning Baizura dan Sean Ghazi menyampaikan persembahan beserta pancaragam Russell Curtis.
#Jumlah tetamu yang telah menghadiri majlis perkahwinan tertutup ini pada tahun 2010 tidak diketahui. Namun, Mandarin Oriental dianggarkan telah mencaj RM300 untuk kos makan setiap individu.
#Menurut satu majalah pengantin online, jumlah kos perkahwinan tersebut mungkin mencapai RM5 juta.



3. Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K)

#Salah satu majlis perkahwinan selebriti yang paling rumit berlangsung dalam sejarah Malaysia adalah penyatuan puteri pop Siti Nurhaliza dan usahawan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K).
#Beberapa sumber menganggarkan bahawa jumlah kos perkahwinan yang berlangsung pada tahun 2006 tersebut boleh mencapai lebih daripada RM12 juta. Kos perbelanjaan kek berperingkat mereka yang digelar Indah Percintaan berjumlah RM12,000. Siti juga dilaporkan menerima mas kahwin RM22,222 dan wang hantaran RM30,000.
#Pasangan ini kemudiannya menafikan tuntutan tersebut, dengan mengatakan bahawa kebanyakkan barang termasuk barang kemas dan pakaian, adalah ditaja.
#Walau bagaimanapun, mereka menerima RM1juta daripada sebuah stesen televisyen tempatan untuk menyiarkan majlis perkahwinan mereka. Perkahwinan mereka berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan telah dihadiri oleh 2,500 orang tetamu and disiarkan kepada 6.3 juta penonton seluruh negara.
#Pada tahun 2010, E! News Asia menamakan pasangan ini sebagai Pasangan  Selebriti Ketiga Yang Paling Berkuasa di Asia, selepas penghibur Cina, Simon Yam dan isteri, Qi Qi dan pasangan superstar Bollywood, Aishwarya Rai dan suaminya, Abhishek Bachchan.



2. Benjamin Yong dan Elizabeth Lee

#Pengasas BIG Group, Benjamin Yong dan pengasas bersama Bowerhaus, Elizabeth Lee telah meraikan penyatuan mereka sebagai salah satu acara yang paling mewah pada tahun 2014.
#Perkahwinan mereka yang bertema karnival telah berlangsung di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur. Ianya berlangsung seumpama pesta ria yang meriah, termasuk hiasan tengah karusel berputar, pancaragam ayunan 25 keping, penari aerial trapez, penari balet, perenang serentak, serta pelbagai jenis kek perkahwinan yang berwarna-warni.
#Menurut salah satu pemilik majalah pengantin online, pasangan yang berprofil tinggi ini mungkin telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM54,000 untuk persembahan sahaja.
#Walaupun ia agak sukar untuk menganggarkan jumlah kos perbelanjaan untuk majlis perkahwinan bertema carnival ini, ada kemungkinan yang pasangan tersebut telah membelanjakan sebanyak RM10,000 untuk karusel sahaja dan RM50,000 untuk lampu hiasan.
#Kos untuk fotografi mungkin dalam lingkungan RM20,000 dan kos ini hanya untuk perkahwinan mereka yang berlangsung di Kuala Lumpur.
#Sebelum itu, pasangan yang berprofil tinggi ini telah menglangsungkan parti teh pra-kahwin di Sydney, Australia dan upacara teh tradisional Cina di Ritz-Carlton, Kuala Lumpur.



1. Rozita Che Wan dan Zain Saidin

#Dengan penajaan yang bernilai RM13juta, penyatuan pelakon Rozita Che Wan dan teman pelakon beliau, Zain Saidin pada tahun 2013 telah digelar sebagai “perkahwinan yang paling mewah di tahun tersebut”.
#Penajaan termasuk barang kemas yang bernilai RM10 juta daripada Kedai Emas Habib dan barangan lain daripada 27 para penaja.
#Selain daripada itu, Rozita juga dilaporkan menerima RM23,300 sebagai wang hantaran dan RM9,300 mas kahwin.
#Perkahwinan mereka berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City di Shah Alam dan telah dihadiri oleh 200 orang tetamu.

0 Komentar untuk "biar betul perkahwinan cik ta paling mewah dalam sejarah ni"

 
Copyright © 2014 Oh Ketum - All Rights Reserved
Template By Catatan Info