azwan ali tergamam setelah dapat ugutan dari samseng politik


Ampang: Pengacara kontroversi Azwan Ali membuat laporan polis selepas mendakwa diugut mahu dibelasah seorang lelaki di laman sosial kelmarin.

Difahamkan Azwan Ali atau nama sebenarnya Mohamed Azwan Ali, 49, muncul di Balai Polis Hulu Kelang di sini, kelmarin, susulan ugutan diterimanya daripada seorang lelaki tidak dikenali melalui laman sosial.



Sumber berkata, Azwan dipercayai menerima ugutan berkenaan sebaik selepas dia memuat naik komen di laman Instagram miliknya berkaitan isu politik.

“Azwan yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Ukay Perdana di sini, menerima amaran daripada seorang individu yang ingin mencarinya.
“Lelaki terbabit mengugut mahu menumbuk Azwan dan mengingatkannya supaya tidak menyentuh hal politik,” katanya.





0 Komentar untuk "azwan ali tergamam setelah dapat ugutan dari samseng politik"

 
Copyright © 2014 Oh Ketum - All Rights Reserved
Template By Catatan Info